OGOS 2022

Apresiasi Bersama Pemimpin PBB DUN N26 Gedong


KUCHING, 

5 OGOS 2022 - Premier Sarawak, YAB Datuk  Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abg Openg serta isteri Datuk Amar Puan Sri Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang bersama barisan kepimpinan parti PBB DUN N26 Gedong meraikan Majlis makan malam Apresiasi sempena program Randau Kempimpinan DUN N26 Gedong di sebuah hotel di Kuching. 

Majlis diadakan bagi merapatkan lagi silaturahim dan libat urus dikalangan pemimpin diakar umbi.

Seramai 138 orang peserta parti  telah hadir selama dua hari dalam program tersebut. 

Pada majlis tersebut juga, YAB Premier Sarawak menyampai   Sijil Penyertaan Program Randau dan Sijil Penghargaan dan sumbangan kepada para veteran parti PBB yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada PBB.

Di akhir majlis, acara pemotongan  kek sempena sambutan Hari kelahiran Premier Sarawak dan YB Dato Sri Hajjah Nancy Shukri.

Turut hadir adalah YB Dato Sri Hajjah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P. 200 Batang Sadong, YB Ir Aidil Lariwoo, Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan merangkap ADUN N24 Sadong Jaya dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku